cantEK caNtek Ensem enSem

Thursday, November 11, 2010

CUTI...YEAYY!

Walaupun cuti aku dah lama setat..aku nak jugak tulis. Suka hati aku la kan..ni kan belog aku.. heh heh

aku mungkin ahad ni kot gerak balik penang. Abah kesayangan aku datang ambik ngan pemili aku. Suke sangattt...!



Tp sebelum aku balik penang, aku kena angkot barang-barang kat uma sini anta kat uma sewa baru aku. Haishh dh mcm nomad dh aku ni..asyik pindah randah jek. Huhu

Tak tawu la nanti idop aku kat uma sewa yang aku baru nak duduk tu nanti macam mana. Pastu, nak kena pegi practical. Takotnye...Hmm

Aku sangat excited nak balik uma, tapi aty aku sayu jek nak tinggalkan TC. Banyak woo kenangan aku kat sini. Paling penting aku mesti rindu kawan-kawan aku. hmm

laGu & liRik niE aku suka..




Ooh... 

Everybody's got something they had to leave behind
 
One regret from yesterday that just seems to grow with time
 
There's no use looking back or wondering (or wondering)
 
How it could be now or neither been (or neither been)
 
All this I know but still I can't find ways to let you go
 

Chorus
 

I never had a dream come true
 
Till that day that I found you
 
Even though I pretend that I've moved on
 
You'll always be my baby
 
I never found the words to say
 
You're the one I think about each day
 
And I know no matter where love takes me to
 
A part of me will always be with you
 

Somewhere in my memory I lost all sense of time
 
Amd tomorrow can never be
 
'Cause yesterday is all that fills my mind
 
There's no use looking back or wondering
 
How it should be now or neither been (or neither been)
 
Oh this I know but still I can't find ways to let you go
 

Chorus
 

You'll always be the dream that fills my head
 
(Yes you will, say you will, you know you will, baby)
 
You'll always be the one I know (I'll never forget)
 
There's no use looking back or wondering (or wondering)
 
Because love is a strange and funny thing
 
No matter how I try and try
 
I just can't say goodbye
 
No no no no
 

Chorus
 

A part of me will always be with you...
 







 to : moHammaD aiEn adHar bin mArjuki






Aku Benci Lelaki..! EPI4

Ketukan di luar pintu bilik Cindha kedengaran.  Pintu bilik diselak. Seketika kemudian, terpampang wajah Syana di muka pintu.


“Assalamualaikum Cindha..selamat pagi..”. ucap Syana riang melangkah masuk ke bilik itu. Manis sekali temannya hari ini. Dengan hanya sedikit solekan sahaja menyerlahkan lagi keayuan Syana yang sedia cantik itu.

“Macam mana kau hari ni? Dah okey sikit ke?” Tanya Syana risau. Sejak kebelakangan ini, temannya itu nampak kusut sangat. Makan pun tidak mahu. Makin kurus.

“Aku dah okey sikit, Syana. Kau jangan risau tau.” Ujar Cindha. Sedikit senyuman pahit terukir dibibir namun tetap ikhlas lahir dari hati.

“Kalau begitu, nanti kau makan tau. Tu kat dapur aku dah siapkan nasi goreng dengan air teh O panas lagi,” kata Syana sambil duduk di birai katil Cindha.

“ Bagi badan kau besar sikit. Kurus sangat aku tengok tau, dah berapa hari dah kau tak makan kan..?” bebel  Syana lagi. Dah macam ibu nasihatkan anak pula. Cindha yang dari tadi hanya tersenyum melihat gelagat Syana beceloteh.
   
“Okey la, aku sebenarnya ada date dengan Aril pagi ni,” Ujar Syana malu-malu. “Jangan lupa apa yang aku pesan tadi okey.” Kata Syana sambil berlalu keluar dari bilik Cindha.

 Untung kau Syana dapat seorang lelaki yang baik seperti Aril... ‘ahh, jangan dikenang benda yang lepas Cindha.’ Bisiknya dalam hati.

Tiba-tiba Cindha teringat Mama dan Papanya. Sudah lama benar dia tidak menelefon bertanya khabar kedua orang tuanya itu. Sihatkah mereka? Hatinya tertanya-tanya. Rindu terhadap orang tuanya semakin menebal.  Lantas dia mencapai telefon bimbit yang terletak di meja tepi katil lalu mendail nombor telefon rumah Mamanya.

“Assalamualaikum, Mama..” Chinda Dahniea memberi salam.


“Waalaikumussalam, Nia..” kedengaran suara halus Puan Hayati di talian. “Anak Mama ni apa khabar..Mama rindu tau. Kenapa Nia lama tak call mama?” soal Puan Hayati bertubi-tubi. Ada nada kerisauan di situ.

“Mama..Nia sihat-sihat saja. Mama jangan la risau..umm..Mama dan Papa sihat?” soal Cindha pula.

“Owh..Mama dan Papa kat sini baik-baik  je..biasa la Papa kamu tu, asyik busy ngan business je..ha, kamu bila nak balik sini Nia? Dah lama sangat kamu tak balik sini. Mama bosan tau duduk sini sorang-sorang, tak ada teman nak bebual. Nak harapkan Papa kamu tu, hujung minggu pun sibuk main golf dengan kawan-kawan dia.” Luah Puan Hayati.

“Ma, Nia pun rindu sangat kat Mama dan Papa tau. Nia minta maaf Mama, bukan tak nak call atau tak nak balik tapi Nia sibuk sikit dengan kerja-kerja kat sini,” Dalih Cindha. “Insyaallah, kalau tak ada apa-apa halangan, hujung minggu ni Nia balik sana, okey.” Ujar Cindha lagi.

 
Ye lah, banyak je alasan kamu kan..ha, nanti kalau nak balik telefon Mama dulu. Nanti boleh la Mama masak yang sedap-sedap kat anak Mama ni.” Ujar Puan Hayati gembira.

“Baik Ma, Nia tak lupa. Mama jaga diri tau..nanti kirim salam Nia kat Papa ye..Assalamualaikum Mama.” Cindha Dahniea mematikan telefon. Kesian Mamanya kesunyian. Abang dan kakaknya masing-masing sudah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Memang jarang la balik ke rumah. Hanya dia seorang saja harapan Mamanya untuk luangkan masa bersama. Kalau dahulu dia masih bersekolah lagi memang boleh la hari-hari teman Puan Hayati. Tetapi sekarang bila sudah bekerja agak sukar dia hendak penuhi permintaan Mamanya itu. Kadang-kadang dia berasa sedih sangat dengan situasi Mamanya tapi apakan daya, hidupnya yang sudah bekerjaya membatasi segalanya.


* * * * * * * 

“Hye Cindha..”salah seorang teman ofis menyapa Cindha.

“Hye!” Cindha Dahniea membalas dengan penuh mesra. Pagi tadi Cindha Dahniea bangun awal. Selepas sahaja mandi, dia menunaikan solat Subuh. Hati Cindha Dahniea begitu tenang sekali setelah lama memanjatkan doa kepadaNya. Disebabkan itulah dia bersemangat untuk ke ofis pagi ini. Dia sememangnya bertekad untuk melupakan segala apa yang telah terjadi di dalam hidupnya sebelum ini. Dia redha dengan ketentuan nasib dirinya dan percaya apa yang terjadi mungkin ada hikmahNya.

“Haa..macam ni la baru Cindha yang aku kenal!”

Tiba-tiba kedengaran suara Syana menjengah masuk ke dalam biliknya.

“Ish, kau kan Syana...tak bole ke sebelum kau masuk bilik aku ketuk pintu dan beri salam. Terkejut aku taw. Nasib aku tak ada lemah jantung.” Ujar Cindha dengan mimik muka yang buat-buat serius.

Syana tersengih-sengih. “Alaa..aku saja ja nak kacau kau. Kau kan dah lama tak masuk ofis.” Ujar Syana tersengih-sengih.

“Ye la tu cik kak oi...hah, kau ni dah tak ada keja ke yang datang menempek kat sini.” Soal Cindha sekadar bergurau.

“Ada la mak cik..” balas Syana sambil ketawa kecil. “Aku saja ja nak singgah bilik kau..aku tengok kau happy sangat..ni la Cindha yang aku kenal, tak mudah patah semangat..”ketawa Syana lagi. Cindha pun terikut-ikut ketawa sambil menggelengkan kepalanya. ‘Syana..Syana..ada-ada je..’kata Cindha dalam hati. “Okeylah mak cik, aku ada hal nak dibereskan..nanti-nanti aku kacau kau lagi ye.”  Syana berjalan keluar tetapi kemudian dia berpaling semula. “Hey mak cik, lunch nanti sama-sama okey.”pesan Syana sambil mengenyitkan mata.

“Baik sayanggg...”balas Cindha buat-buat garang. Kemudian Cindha tersenyum seorang diri. Sudah lama benar dia tidak bergurau begini. Alangkah indahnya hidup jika hari-hari macam ni.


“Alamak Syana..handfon aku tertinggal la kat atas meja ofis dalam bilik aku...” Beritahu Cindha sambil berulang kali check isi handbagnya.

“Ala kau ni Cindha...memang patut tau aku panggil kau mak cik.” Syana memcebik.

“Alaa..sorry..sorry..kau tunggu sini kejap. Aku patah balik, kejap je. Okey? Tunggu tau...”

“Ye mak cik..cepat sikit. Aku lapar ni..” ujar Syana dengan muka seposen.

Cindha
Dahniea berlalu ke ofis dengan agak kelam kabut. ‘haishh..macam mana boleh lupa pulak barang yang dah ada depan mata tadi.’ Ngomel Cindha sendirian. Sedang Cindha Dahniea berjalan tiba-tiba dia...




Bersambung...


p/s :Ikuti sambungan kesah ‘Aku Benci Lelaki’ seterusnya nanti...pada sape2 nak baca kesah sebelum ni sila klik EPI1, EPI2, EPI3...(,”)



Wednesday, November 10, 2010

Aku Benci Lelaki..! EPI3

....Matanya yang bergenang air itu menatap wajah  Khairul. Hatinya semakin sebak dan sesak setelah mendengar khabar buruk buat kali yang keduanya pada hari yang sama itu. Kenapa harus begini. Jiwanya sudah tidak tertahan. Khairul cuba mengawal keadaan. Dia terus memeluk erat gadis kesayangannya itu dengan penuh rasa bersalah. Tetapi bukan itu kehendak dia juga. Cindha hanya membiarkan lelaki itu memeluknya dengan perasaan yang dia sendiri tidak tahu. Yang pasti, dia rasa sedih yang teramat sangat!




* * * * * * * * * * * *


 “Sudah la Cindha. Kalau kau menangis sampai buta macam dalam cerita P. Ramlee sekali pun kau tak kan dapat apa. Terimalah kenyataan yang Khairul tu akan jadi milik orang.”nasihat Syana, teman serumah Cindha.

Cindha menatap sayu wajah temannya. Hanya itu saja yang mampu dia lakukan buat masa sekarang. Dia tidak peduli walau apa pun yang akan terjadi, hanya dengan menangis la dia dapat hilangkan rasa sakit yang mencengkam kalbunya itu. Ya, tidak lama lagi Khairul Adhar, lelaki yang dia puja-puja selama ini akan menjadi milik orang. Khairul Adhar yang dia sangat sayang itu akan berkahwin dengan wanita yang pernah hadir dalam hidupnya dulu sebelum hubungan mereka terjalin lagi. Tetapi kenapa dengan tiba-tiba saja? Kenapa Khairul tidak pernah mahu berterus terang yang dia masih lagi berhubung dengan wanita itu? Kenapa dia sanggup putuskan hubungan ini begitu saja seolah-olah dia tiada maruah diri? Apa salah aku? Bentak hatinya.

Selama tiga empat hari ini, air matalah sahaja yang menjadi teman setia Cindha. Hendak ke tempat kerja pun dia tidak mahu. Mana tak nya, kalau dia pergi ke ofis dengan mata yang lebam-lebam teruk begini mesti semua orang akan tertanya-tanya. Malu la nanti. Desis hatinya.


Cindha berjalan menuju ke meja solek. Terlihat sekeping sampul yang belum lagi diusik. Teringat kembali perbualannya semalam dengan Syana.


“Cindha, ni ada sampul dari Khairul,” Cindha melihat Syana kehairanan. “Dia ada datang ke ofis tengahhari tadi tapi kau tak ada. So, dia datang kat aku dan suruh aku sampaikan sampul ni kat kau.”ucap Syana sambil meletakkan sampul itu di atas meja makan. Cindha hanya melihat Syana berlalu ke dapur. Direnung sampul itu dengan penuh tanda tanya dari jauh. ‘surat apa pulak tu.’

“Tu sampul kad undangan perkahwinan Khairul dengan Marissa.” Ujar Syana seakan tahu isi hati Cindha.

Jiwa Cindha bergetar. Apa semua ni...sampai hati kau Khairul buat aku macam ni..sanggup kau bagi kad kenduri tu kat aku... Rintih Cindha dalam hati. Cindha mengalihkan pandangannya ke televisyen yang suda lama terpasang. Tetapi bukan niatnya hendak menonton, sekadar untuk menahan diri dari menangis lagi.

 Syana yang sedari tadi melihat gelagat Cindha hanya mampu bersimpati dengan nasib temannya itu. Kalau boleh dia tidak mahu beri sampul itu kepada Cindha kerana dia tahu, Cindha pasti akan rasa sedih lagi. Tetapi kalau tak bagi nanti apa kata Khairul pula. ‘Haishh..si Khairul ni pun satu, ada ke patut jemput Cinda pergi majlis kenduri kahwin tu. Harus la Cindha takkan pergi..’ ngomel Syana sendirian. Kadang-kadang dia pun merasa geram dengan tindakan drastik Khairul tu. Walaupun Khairul tu kawan baik dia juga, Khairul tidak boleh la sewenang-wenangnya memperlakukan Cindha begitu sekali. Kalau la dia ditempat Cindha sekarang macam mana la agaknya nanti. Tak sanggup rasanya nak menampung kesakitan yang dirasai temannya itu. Melihat pun tidak mampu. Desis hatinya lagi.



Cindha membuka sampul itu. Tertera nama Khairul dan Marissa. Hatinya yang masih luka terasa pedih kembali. Mata kembali berkaca. Cindha menatap sayu isi kad itu. Pelbagai perasaan yang dia rasa saat itu. Dua hari saja lagi Khairul Adhar bakal dinikahkan dengan wanita pilihan hidup keluarganya. Tak sanggup rasanya hendak pergi.

Cindha meletakkan kembali kad undangan itu. Dia melangkah longlai menuju ke tingkap biliknya. Hembusan nafas lembut kedengaran. Setelah berhari-hari dia berfikir, dia kini semakin redha. Mungkin inilah takdir hidupnya, tidak dapat hidup bersama insan yang dia sayangi. ‘Khairul sayang..semoga kau hidup bahagia disamping wanita yang kau nikahi...’ hati Cindha berbisik lemah. Setitik dua air matanya mula jatuh membasahi pipi. Biarlah dia menangis untuk kali yang terakhir buat insan yang dia sayangi. Dia bertekad untuk memulakan hidup yang baru sepas ini. Itulah janjinya!




Bersambung...


p/s :Ikuti sambungan kesah ‘Aku Benci Lelaki’ seterusnya nanti...pada sape2 nak baca kesah sebelum ni sila klik EPI1, EPI2...(,”)




Monday, November 8, 2010

hEran

Aduhhh...huhu bukan sakit perut. Kepala pun bukan. Salah. Salah. Teka lagi. Ape? Ape?  Ishh.. merepek jek.(cakap sowank2) har3.

Semenjak dua menjak tiga menjak ni... urmmmm (pikei jap) lupa pulak apa nak tulis tadi.....hah! jumpa dah(gumbira). Aku cume mushkil ja. Kenapa aku tak bole tido awal sejak seminggu nie??

Nak kata buzy wat keja?

memang tak la.

Buzy stdy?? Har3(gelak laju2)

memang tak la(lagi). Walau pun aku masih lagi dalam minggu exam(muke rilek).

aku heran. 


Sunday, November 7, 2010

Aku Benci Lelaki..!~~EPI 2

Cindha terdiam. Tiada lagi senyuman dibibir. Dia kehilangan kata. Terasakan satu perasaan yang amat sakit mencucuk-cucuk hatinya.

“Hubungan kita tidak boleh diteruskan lagi,” Tambah Khairul. “Rul nak minta maaf lagi sekali. Tapi Rul terpaksa buat keputasan begini. Rul rasa inilah yang terbaik untuk kita.”

 Cindha yang berada di sisinya kelihatan kaku. Tiada sebutir kata yang keluar dari bibir manis gadis itu.

“Rul minta maaf sekali lagi, Cindha.” Ulang Khairul lagi dengan rasa bersalah. Dia tahu, Cindha pasti kecewa dan sedih dengan keputusannya yang sememangnya mendadak ini. Selama dua tahun lebih dia mengenali gadis ayu disebelahnya itu. Selama itu jualah mereka munyulam kasih dan sayang serta menyimpan impian yang tinggi seperti pasangan cinta yang lain. Tetapi apakan daya, halangan keluarga membuatkan dia terpaksa melupakan semua itu.

“Kenapa Rul..” akhirnya, Cindha bersuara. Air mata Cindha mengalir ke pipi. Tidak tertahan lagi rasanya. Tiada apa lagi yang mampu dia berfikir saat itu.

“Cindha, sebelum ni  Khairul dah cuba untuk beritahu kat family Rul tentang hubungan kita. Tetapi family Rul bantah sekeras-kerasnya. Rul sudah tidak tahu nak buat apa sekarang ni. Rul terpaksa, Cindha. Rul buntu. Mama papa Rul asyik halang Rul untuk berjumpa Cindha saja.” Keluh Khairul. Wajahnya kusut sekali.

Keadaan sepi seketika. Khairul cuba untuk bertentang mata dengan Cindha tetapi dia tidak berani. Dia kemudian menenangkan diri sendiri seperti masih ada lagi yang terbuku di dalam hati. Hembusan kuat kedengaran dari Khairul.
   
“Minggu depan Rul akan bernikah...”

Cindha tersentap.

......




Bersambung...




p/s :Ikuti sambungan kesah ‘Aku Benci Lelaki’ akan datang... then sape2 nak baca kesah sebelum ni, klik di cini... (",)











Aku Benci Lelaki..!~~EPI 1

‘Aku benci lelaki..!’


 Yeahh..tu lah prasaan Cindha Dahniea sekarang. Hatinya amat sakit dengan apa yang tejadi sekarang. Kalau nak ikutkan hati, mahu saja dia pergi menyerang wanita yang merampas teman lelakinya itu. Tetapi setelah difikir-fikir berulang kali, dia mengabaikan sahaja niatnya itu. Nanti kalau dia dan wanita itu bergaduh di khalayak ramai tak ke malu nanti. Desis hatinya.

Cindha Dahniea melihat wajah kuyunya dicermin. Matanya lebam akibat berhari-hari menangis tak berlagu. Seingatnya, inilah kali pertama dia menangis sedemikian rupa. Kalau sebelum-sebelum ni, dia tidak hairan langsung jika hubungan ‘cinta monyetnya’ itu berakhir walaupun alasan yang diberikan tidak munasabah. Tapi kali ini dia betul-betul berasa sakit yang teramat sangat. Sehingga dia merasakan tidak mahu lagi hidup di dunia ini.

“Cindha...”

Cindha memandang manis wajah lelaki kesayangannya itu, menandakan yang dia sedia untuk mendengar. Khairul pula kelihatan gelisah dihadapannya.

“Ada sesuatu yang Khairul nak beritahu kat Cindha.” Luah Khairul dengan berani.

“ Tapi sebelum itu Khairul nak minta maaf kat Cindha kalau-kalau apa yang Khairul nak beritahu ni buat Cindha terkejut atau pun akan benci Khairul selepas ni.” tambahnya lagi.

Cindha semakin pelik dengan kelakuan Khairul pada petang itu. “Rul, beritahu je la..kenapa macam takut je ni?” soal Cindha. Riak wajah Khairul semakin tegang.

“Kita kena berpisah...”









Bersambung...




p/s :jangan lupa ikuti sambungan kesah 'Aku Benci Lelaki' akan datang... (",)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...