cantEK caNtek Ensem enSem

Wednesday, November 10, 2010

Aku Benci Lelaki..! EPI3

....Matanya yang bergenang air itu menatap wajah  Khairul. Hatinya semakin sebak dan sesak setelah mendengar khabar buruk buat kali yang keduanya pada hari yang sama itu. Kenapa harus begini. Jiwanya sudah tidak tertahan. Khairul cuba mengawal keadaan. Dia terus memeluk erat gadis kesayangannya itu dengan penuh rasa bersalah. Tetapi bukan itu kehendak dia juga. Cindha hanya membiarkan lelaki itu memeluknya dengan perasaan yang dia sendiri tidak tahu. Yang pasti, dia rasa sedih yang teramat sangat!




* * * * * * * * * * * *


 Sudah la Cindha. Kalau kau menangis sampai buta macam dalam cerita P. Ramlee sekali pun kau tak kan dapat apa. Terimalah kenyataan yang Khairul tu akan jadi milik orang.”nasihat Syana, teman serumah Cindha.

Cindha menatap sayu wajah temannya. Hanya itu saja yang mampu dia lakukan buat masa sekarang. Dia tidak peduli walau apa pun yang akan terjadi, hanya dengan menangis la dia dapat hilangkan rasa sakit yang mencengkam kalbunya itu. Ya, tidak lama lagi Khairul Adhar, lelaki yang dia puja-puja selama ini akan menjadi milik orang. Khairul Adhar yang dia sangat sayang itu akan berkahwin dengan wanita yang pernah hadir dalam hidupnya dulu sebelum hubungan mereka terjalin lagi. Tetapi kenapa dengan tiba-tiba saja? Kenapa Khairul tidak pernah mahu berterus terang yang dia masih lagi berhubung dengan wanita itu? Kenapa dia sanggup putuskan hubungan ini begitu saja seolah-olah dia tiada maruah diri? Apa salah aku? Bentak hatinya.

Selama tiga empat hari ini, air matalah sahaja yang menjadi teman setia Cindha. Hendak ke tempat kerja pun dia tidak mahu. Mana tak nya, kalau dia pergi ke ofis dengan mata yang lebam-lebam teruk begini mesti semua orang akan tertanya-tanya. Malu la nanti. Desis hatinya.


Cindha berjalan menuju ke meja solek. Terlihat sekeping sampul yang belum lagi diusik. Teringat kembali perbualannya semalam dengan Syana.


Cindha, ni ada sampul dari Khairul,” Cindha melihat Syana kehairanan. “Dia ada datang ke ofis tengahhari tadi tapi kau tak ada. So, dia datang kat aku dan suruh aku sampaikan sampul ni kat kau.”ucap Syana sambil meletakkan sampul itu di atas meja makan. Cindha hanya melihat Syana berlalu ke dapur. Direnung sampul itu dengan penuh tanda tanya dari jauh. ‘surat apa pulak tu.’

“Tu sampul kad undangan perkahwinan Khairul dengan Marissa.” Ujar Syana seakan tahu isi hati Cindha.

Jiwa Cindha bergetar. Apa semua ni...sampai hati kau Khairul buat aku macam ni..sanggup kau bagi kad kenduri tu kat aku... Rintih Cindha dalam hati. Cindha mengalihkan pandangannya ke televisyen yang suda lama terpasang. Tetapi bukan niatnya hendak menonton, sekadar untuk menahan diri dari menangis lagi.

 Syana yang sedari tadi melihat gelagat Cindha hanya mampu bersimpati dengan nasib temannya itu. Kalau boleh dia tidak mahu beri sampul itu kepada Cindha kerana dia tahu, Cindha pasti akan rasa sedih lagi. Tetapi kalau tak bagi nanti apa kata Khairul pula. ‘Haishh..si Khairul ni pun satu, ada ke patut jemput Cinda pergi majlis kenduri kahwin tu. Harus la Cindha takkan pergi..’ ngomel Syana sendirian. Kadang-kadang dia pun merasa geram dengan tindakan drastik Khairul tu. Walaupun Khairul tu kawan baik dia juga, Khairul tidak boleh la sewenang-wenangnya memperlakukan Cindha begitu sekali. Kalau la dia ditempat Cindha sekarang macam mana la agaknya nanti. Tak sanggup rasanya nak menampung kesakitan yang dirasai temannya itu. Melihat pun tidak mampu. Desis hatinya lagi.



Cindha membuka sampul itu. Tertera nama Khairul dan Marissa. Hatinya yang masih luka terasa pedih kembali. Mata kembali berkaca. Cindha menatap sayu isi kad itu. Pelbagai perasaan yang dia rasa saat itu. Dua hari saja lagi Khairul Adhar bakal dinikahkan dengan wanita pilihan hidup keluarganya. Tak sanggup rasanya hendak pergi.

Cindha meletakkan kembali kad undangan itu. Dia melangkah longlai menuju ke tingkap biliknya. Hembusan nafas lembut kedengaran. Setelah berhari-hari dia berfikir, dia kini semakin redha. Mungkin inilah takdir hidupnya, tidak dapat hidup bersama insan yang dia sayangi. ‘Khairul sayang..semoga kau hidup bahagia disamping wanita yang kau nikahi...’ hati Cindha berbisik lemah. Setitik dua air matanya mula jatuh membasahi pipi. Biarlah dia menangis untuk kali yang terakhir buat insan yang dia sayangi. Dia bertekad untuk memulakan hidup yang baru sepas ini. Itulah janjinya!




Bersambung...


p/s :Ikuti sambungan kesah ‘Aku Benci Lelaki’ seterusnya nanti...pada sape2 nak baca kesah sebelum ni sila klik EPI1, EPI2...(,”)




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...