cantEK caNtek Ensem enSem

Monday, February 28, 2011

Aku Benci Lelaki - EP 6



sambungan...




 Setelah dia mengambil barang yang perlu untuk menghadap bosnya sebentar lagi, dia segera keluar menuju ke bilik Tuan Zaidi. Sesampainya di hadapan pintu Tuan Zaidi, Cindha Dahniea mengetuk dan memberi salam. Kedengaran Tuan Zaidi mejawab salam dari dalam. Cindha Dahniea pun membuka pintu tersebut.

Seketika kemudian kelihatan kelibat Tuan Zaidi dan...dan seorang lelaki yang duduk berhadapan dengan Tuan Zaidi. Mata Cindha Dahniea tertumpu ke arah lelaki itu. Dia meneka-neka siapakah lelaki berkenaan dari belakang. Rasanya dia belum pernah lagi melihat lelaki bersusuk tubuh yang agak sasa dan gaya rambut begitu di ofis sebelum ini. Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Mungkin lelaki ni lah yang bosnya maksudkan dua minggu lepas. ‘Dia ni kot akan jadi patner aku nanti dalam projek baru tu.’

“Ye Cindha.” suara garau Tuan Zaidi membuatkan Cindha Dahniea tersedar dari lamunan. “ Kenapa kamu berdiri je, Cindha. Silakan duduk. Saya ada hal sikit nak bincang dengan kamu ni.” Arah Tuan Zaidi.

“Owh,ba..baik Tuan..” jawab Cindha Dahniea sedikit gagap. Mukanya serta merta menjadi merah, malu ditegur oleh Tuan Zaidi kerana kelakuannya tadi. Namun dia berpura-pura seperti biasa. 

“Okey Cindha..seperti yang kamu tahu, partner kamu Shahieda dah pun resign dari syarikat kita ini. Saya ada janji dengan kamu hari itu yang saya akan carikan seseorang untuk menggantikan tempat Shahieda. So, hari ini saya kenalkan kamu, partner baru kamu..” Tuan Zaidi menunjukkan ke arah lelaki yang dari tadi duduk diam disebelahnya itu. “Aidil Adhar..” sambung Tuan Zaidi lagi.
Cindha Dahniea memalingkan muka menghadap lelaki disebelahnya itu dan seketika kemudian dia tergamam. Serta-merta dia teringat kembali kejadian yang berlaku tempoh hari. ‘Dia...’

“Cindha..” Tuan Zaidi memanggil.

“Err..ye Tuan..” Cindha menyahut. Dia cuba untuk menenteramkan dirinya sendiri.

“Are you okey?” soal Tuan Zaidi sedikit pelik dengan kelakuan Cindha pagi ini.

“Yeah, Tuan..i’m okey Tuan.” jawab Cindha bagi meyakinkan bosnya. Tiba-tiba Cindha Dahniea merasakan dirinya diperhatikan oleh lelaki disebelahnya. Entah kenapa dia kurang senang setelah melihat wajah lelaki itu. Rasa badannya berpeluh-peluh, panas walaupun sememangnya ada penghawa dingin di dalam bilik itu.

“Hye..Aidil Adhar..juz call me Adhar.” Lelaki itu bersuara sambil menghulurkan tangan. Tiada langsung senyuman di bibir lelaki itu.

Cindha Dahniea menyambut.“Err..hye..Cindha Dahniea. Panggil Cindha je.”

 “So, saya harap kamu berdua dapat bekerja sama dengan baik bagi menjayakan projek terbaru kita.”Tuan Zaidi bersuara pula. “Kalau begitu, perjumpaan kita tamat di sini saja. Kamu berdua bolehlah berbincang atau membuat persediaan untuk projek itu selepas ini.”

“Terima kasih Tuan.” ucap Cindha Dahniea dan Aidil Adhar serentak. Kemudian mereka sama-sama berpandangan. Namun Cindha Dahniea cepat-cepat mengalihkan pandangan lalu segera melangkah keluar dari bilik itu.

Cindha Dahniea menghempaskan badannya di kerusi. Perasaannya sekarang agak serabut. Kenapalah lelaki itu perlu menggantikan tempat Shahieda. Kalaulah dia tahu lebih awal, memang dia sanggup kendalikan projek baru tu seorang diri. Lantak la susah ke senang. Dia sanggup! Mana taknya, lelaki tu dah la sombong, tak mesra alam pulak tu. Macam manalah dia nak menjayakan projek baru ini kalau lelaki itu perangai macam tu? Terbayang-bayang lagi kejadian tempoh hari. Haishh..benci..! kenapa harus lelaki? Sudah pupuskah perempuan dalam dunia ini? Jerit Cindha Dahniea di dalam hati.





P/S : Tak pernah bace? Jum layan dari mula! =)





Nota Hati : kuatkan hati yang selalu diuji.. 

Nurul : da lama tak hapdet cerita ni...hop sudi layan...terima kaseh! =)




3 comments:

Anisa Hang Tuah said...

emm..
nak kena baca dari awal ni.dh banyak tertinggal.

::nuRuLaDHar:: said...

Anisa : Tq.. =)

FurBall said...

rajin betul menulis cerpen..kipidap..byk idea tuh..ehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...