cantEK caNtek Ensem enSem

Sunday, November 14, 2010

Aku Benci Lelaki..! EPI5

Sambungan...


.... terlanggar bahu seseorang.

“Eh, maaf. Maaf..saya tak sengaja.” Kata Cindha bersunguh-sungguh. Sememangnya dia hendak mengejar masa. Kesian Syana lama pula menanti. Cindha Dahniea melihat wajah orang yang dilanggarnya tadi. Seorang lelaki. Wajah lelaki itu agak ketat. Seolah-olah hendak memarahinya. Namun lelaki itu hanya memandang Cindha tajam kemudian berlalu tanpa berkata apa-apa. Cindha Dahniea yang dari tadi hanya melihat kelakuan lelaki yang sememangmya pelik itu.

  “Ish..sombongnya mamat ni..aku tak sengajalah..bukan saja-saja nak langgar. Minta maaf pun buat dunno je.” Keluh Cindha. Tanpa memikir panjang Cindha terus ke biliknya. Mengata panjang-panjang pun tak ada faedahnya.


Eh, Aidil..aku tengok kau dari tadi asyik muka ketat jek. Makan pun aku tengok tak luak-luak. Kenapa?” soal Aril. Aidil Adhar diam menyepi. Seolah-olah sedang memikirkan sesuatu yang berat. “Kau ada masalah ke? Share la dengan aku..” Tanya Aril lagi. Aidil Adhar masih lagi seperti tadi, tidak memberi sebarang respon. Pelik betul kawannya malam ni. Sebelum ni tak pernah pun berkelakuan seperti itu. Selalunya Aidil lah yang banyak bersuara dari dia. Tiba-tiba malam ni dah macam orang bisu pulak. Nak kata ada masalah dengan girlfriend, memang tak la. Dia kenal sangat dengan temannya itu. Sejak dari zaman kuliah lagi. Dan sejak dari itu lah Aidil tidak pernah ada kekasih. Kawan perempuan pun susah nak melekat ni kan pula nak ada kekasih.

Aidil Adhar mengeluh pelahan tetapi kemudian mengukir senyuman. Ini membuatkan Aril lebih tertanya-tanya. “Aku tak ada apa-apa la, Ril,” Aidil mula berbicara. “Aku cuma teringat tentang gadis yang melanggar aku siang tadi kat ofis.”Aidil cuba berterus terang.

 Aril kemudian mengangguk-angguk tanda paham. “Owh..yang kau cerita siang tadi masa kita tengah lunch tu?” Soal Aril lagi untuk kepastian.

Aidil sekadar mengangguk sahaja. Sejak peristiwa siang tadi, dia tidak tahu mengapa wajah gadis itu kerap bermain-main di mindanya. Seingat dia, masa sesi perkenalan kemasukannya di ofis minggu lalu tiada pun kelibat gadis itu. Siapakah dia? Hati Aidil Adhar melonjak-lonjak untuk mengetahui tentang gadis tersebut.


“Aik, kau diam ni disebabkan gadis tu? Jangan kata kau dah jatuh cinta pandang pertama,Dil..” Aril mengusik.

Tiba-tiba wajah Aidil merona merah. Malu! “Ish..tak la..aku cuma terfikir je.” Aidil cuba berdalih. Tak kan la aku suka dia? Aidil bertanya kepada diri sendiri.

“Alaahh..kalau kau suka pun apa salahnya kan..kau pun bukan budak-budak lagi. Sampai bila kau nak membujang je.” Aril mengusik lagi. Aidil Adhar makin tak senang duduk. Melihat Aidil yang menggelabah semacam itu membuatkan Aril makin geli hati. Kemudian Aril ketawa terbahak-bahak. Aidil pula hanya menahan geram. Memang malam ni dia menjadi bahan Aril nampaknya.

“Okey..okey..aku tak gelak dah..hai la kawan aku sorang ni.” Ucap Aril dengan saki-baki ketawanya itu. “Hah, dah tu, kau tahu tak nama perempuan tu?”

“Tak.” Jawab Aidil singkat sambil menggelengkan kepalanya.

“Laa..habis tu, macam mana?”

“Macam mana apa kau ni..aku bukan nak mengorat dia atau nak apa-apa lah,” dalih Aidil lagi. “Lagi pula aku dengan dia cuma terlanggar secara tak sengaja je siang tadi,”terang Aidil bagi meyakinkan temannya itu. “Eh, tapi kan Ril, aku memang tak pernah nampak pun gadis tu sebelum ni kat ofis? Kulit gadis tu kuning langsat, ada lesung pipit lagi.” tambahnya lagi. Dia sengaja berkata begitu, mana lah tahu kalau-kalau Aril tahu siapa gadis tersebut.

“Siapa eh? Haa..!” Aril bersuara sedikit tinggi. Aidil Adhar menunjukkan reaksi yang sangat minat. “Sarah kot? Dia kan ada lesung pipit.” Aril cuba meneka.

“Ish, bukanlah..kalau Sarah aku kenal. Lagi pun bukan ke kau bagitahu aku yang dia dah bertunang? Agak-agak la kau ni...tunang orang kot...”

Aril menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu. “Habis tu? Siapa lagi.”

“Dia ni, lain sikit la..manis, ayu.. Masa sesi suai kenal aku kat ofis minggu lepas aku rasa aku tak pernah nampak dia..”

“Owh..mungkin client la tu...” sampuk Aril. Aidil pun menggangguk-angguk. Kecewa! Tiada harapan la dia nak tahu siapa gadis itu. Nak tanya lebih-lebih nanti Aril syak bukan-bukan pula. “Aidil, kau jangan risau..kalau ada jodoh tak ke mana lah.”Aril mengusik kembali.

“Haish! Kau ni ke situ pulak. Merepek-repek je.” Kata Aidil pura-pura marah.

“Ala, rilek la bro...”Aril ketawa kecil.

“Dah, dah..kau dah habis makan ke belum ni? Kalau dah jom la blah..lewat malam dah ni.”

“Aku dah sudah. Jom lah, aku pun dah penat sangat dah ni. Nak balik tidur.”

“Hah, tahu pun penat. Ingat dok bergelak sakan kat aku tadi tak tahu penat.”Aidil mencebik. Aril tersengih-sengih. Kemudian mereka sama-sama keluar dari kedai mamak itu.'



* * * * *


Selamat pagi, Cik Cindha..”

“Selamat pagi.” Balas Cindha. Kemudian dia terus menuju kearah biliknya.

“Cik Cindha,” Sarah memanggil semula.

Cindha Dahniea berpaling semula. “Ye sarah?”

“Tadi Tuan Zaidi ada pesan, Tuan Zaidi nak jumpa Cik Cindha sekarang dalam bilik dia.” Beritahu Sarah.

“Owh..ok. Thankz Sarah.” Ucap Cindha. Dia kemudian berlalu masuk ke biliknya dengan hati yang tidak tenteram. ‘ Kenapa pulak Tuan Zaidi nak jumpa aku awal-awal pagi ni. Heran betul.’ Bisik Cindha dalam hati...


Bersambung...



p/s :Ikuti sambungan kesah ‘Aku Benci Lelaki’ seterusnya nanti...pada sape2 nak baca kesah sebelum ni sila klik EPI1, EPI2, EPI3, EPI4...(,”)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...