cantEK caNtek Ensem enSem

Thursday, November 11, 2010

Aku Benci Lelaki..! EPI4

Ketukan di luar pintu bilik Cindha kedengaran.  Pintu bilik diselak. Seketika kemudian, terpampang wajah Syana di muka pintu.


“Assalamualaikum Cindha..selamat pagi..”. ucap Syana riang melangkah masuk ke bilik itu. Manis sekali temannya hari ini. Dengan hanya sedikit solekan sahaja menyerlahkan lagi keayuan Syana yang sedia cantik itu.

“Macam mana kau hari ni? Dah okey sikit ke?” Tanya Syana risau. Sejak kebelakangan ini, temannya itu nampak kusut sangat. Makan pun tidak mahu. Makin kurus.

“Aku dah okey sikit, Syana. Kau jangan risau tau.” Ujar Cindha. Sedikit senyuman pahit terukir dibibir namun tetap ikhlas lahir dari hati.

“Kalau begitu, nanti kau makan tau. Tu kat dapur aku dah siapkan nasi goreng dengan air teh O panas lagi,” kata Syana sambil duduk di birai katil Cindha.

“ Bagi badan kau besar sikit. Kurus sangat aku tengok tau, dah berapa hari dah kau tak makan kan..?” bebel  Syana lagi. Dah macam ibu nasihatkan anak pula. Cindha yang dari tadi hanya tersenyum melihat gelagat Syana beceloteh.
   
“Okey la, aku sebenarnya ada date dengan Aril pagi ni,” Ujar Syana malu-malu. “Jangan lupa apa yang aku pesan tadi okey.” Kata Syana sambil berlalu keluar dari bilik Cindha.

 Untung kau Syana dapat seorang lelaki yang baik seperti Aril... ‘ahh, jangan dikenang benda yang lepas Cindha.’ Bisiknya dalam hati.

Tiba-tiba Cindha teringat Mama dan Papanya. Sudah lama benar dia tidak menelefon bertanya khabar kedua orang tuanya itu. Sihatkah mereka? Hatinya tertanya-tanya. Rindu terhadap orang tuanya semakin menebal.  Lantas dia mencapai telefon bimbit yang terletak di meja tepi katil lalu mendail nombor telefon rumah Mamanya.

“Assalamualaikum, Mama..” Chinda Dahniea memberi salam.


“Waalaikumussalam, Nia..” kedengaran suara halus Puan Hayati di talian. “Anak Mama ni apa khabar..Mama rindu tau. Kenapa Nia lama tak call mama?” soal Puan Hayati bertubi-tubi. Ada nada kerisauan di situ.

“Mama..Nia sihat-sihat saja. Mama jangan la risau..umm..Mama dan Papa sihat?” soal Cindha pula.

“Owh..Mama dan Papa kat sini baik-baik  je..biasa la Papa kamu tu, asyik busy ngan business je..ha, kamu bila nak balik sini Nia? Dah lama sangat kamu tak balik sini. Mama bosan tau duduk sini sorang-sorang, tak ada teman nak bebual. Nak harapkan Papa kamu tu, hujung minggu pun sibuk main golf dengan kawan-kawan dia.” Luah Puan Hayati.

“Ma, Nia pun rindu sangat kat Mama dan Papa tau. Nia minta maaf Mama, bukan tak nak call atau tak nak balik tapi Nia sibuk sikit dengan kerja-kerja kat sini,” Dalih Cindha. “Insyaallah, kalau tak ada apa-apa halangan, hujung minggu ni Nia balik sana, okey.” Ujar Cindha lagi.

 
Ye lah, banyak je alasan kamu kan..ha, nanti kalau nak balik telefon Mama dulu. Nanti boleh la Mama masak yang sedap-sedap kat anak Mama ni.” Ujar Puan Hayati gembira.

“Baik Ma, Nia tak lupa. Mama jaga diri tau..nanti kirim salam Nia kat Papa ye..Assalamualaikum Mama.” Cindha Dahniea mematikan telefon. Kesian Mamanya kesunyian. Abang dan kakaknya masing-masing sudah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Memang jarang la balik ke rumah. Hanya dia seorang saja harapan Mamanya untuk luangkan masa bersama. Kalau dahulu dia masih bersekolah lagi memang boleh la hari-hari teman Puan Hayati. Tetapi sekarang bila sudah bekerja agak sukar dia hendak penuhi permintaan Mamanya itu. Kadang-kadang dia berasa sedih sangat dengan situasi Mamanya tapi apakan daya, hidupnya yang sudah bekerjaya membatasi segalanya.


* * * * * * * 

Hye Cindha..”salah seorang teman ofis menyapa Cindha.

“Hye!” Cindha Dahniea membalas dengan penuh mesra. Pagi tadi Cindha Dahniea bangun awal. Selepas sahaja mandi, dia menunaikan solat Subuh. Hati Cindha Dahniea begitu tenang sekali setelah lama memanjatkan doa kepadaNya. Disebabkan itulah dia bersemangat untuk ke ofis pagi ini. Dia sememangnya bertekad untuk melupakan segala apa yang telah terjadi di dalam hidupnya sebelum ini. Dia redha dengan ketentuan nasib dirinya dan percaya apa yang terjadi mungkin ada hikmahNya.

“Haa..macam ni la baru Cindha yang aku kenal!”

Tiba-tiba kedengaran suara Syana menjengah masuk ke dalam biliknya.

“Ish, kau kan Syana...tak bole ke sebelum kau masuk bilik aku ketuk pintu dan beri salam. Terkejut aku taw. Nasib aku tak ada lemah jantung.” Ujar Cindha dengan mimik muka yang buat-buat serius.

Syana tersengih-sengih. “Alaa..aku saja ja nak kacau kau. Kau kan dah lama tak masuk ofis.” Ujar Syana tersengih-sengih.

“Ye la tu cik kak oi...hah, kau ni dah tak ada keja ke yang datang menempek kat sini.” Soal Cindha sekadar bergurau.

“Ada la mak cik..” balas Syana sambil ketawa kecil. “Aku saja ja nak singgah bilik kau..aku tengok kau happy sangat..ni la Cindha yang aku kenal, tak mudah patah semangat..”ketawa Syana lagi. Cindha pun terikut-ikut ketawa sambil menggelengkan kepalanya. ‘Syana..Syana..ada-ada je..’kata Cindha dalam hati. “Okeylah mak cik, aku ada hal nak dibereskan..nanti-nanti aku kacau kau lagi ye.”  Syana berjalan keluar tetapi kemudian dia berpaling semula. “Hey mak cik, lunch nanti sama-sama okey.”pesan Syana sambil mengenyitkan mata.

“Baik sayanggg...”balas Cindha buat-buat garang. Kemudian Cindha tersenyum seorang diri. Sudah lama benar dia tidak bergurau begini. Alangkah indahnya hidup jika hari-hari macam ni.


Alamak Syana..handfon aku tertinggal la kat atas meja ofis dalam bilik aku...” Beritahu Cindha sambil berulang kali check isi handbagnya.

“Ala kau ni Cindha...memang patut tau aku panggil kau mak cik.” Syana memcebik.

“Alaa..sorry..sorry..kau tunggu sini kejap. Aku patah balik, kejap je. Okey? Tunggu tau...”

“Ye mak cik..cepat sikit. Aku lapar ni..” ujar Syana dengan muka seposen.

Cindha
Dahniea berlalu ke ofis dengan agak kelam kabut. ‘haishh..macam mana boleh lupa pulak barang yang dah ada depan mata tadi.’ Ngomel Cindha sendirian. Sedang Cindha Dahniea berjalan tiba-tiba dia...




Bersambung...


p/s :Ikuti sambungan kesah ‘Aku Benci Lelaki’ seterusnya nanti...pada sape2 nak baca kesah sebelum ni sila klik EPI1, EPI2, EPI3...(,”)



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...