‘Aku benci lelaki..!’
Yeahh..tu lah prasaan Cindha Dahniea sekarang. Hatinya amat sakit dengan apa yang tejadi sekarang. Kalau nak ikutkan hati, mahu saja dia pergi menyerang wanita yang merampas teman lelakinya itu. Tetapi setelah difikir-fikir berulang kali, dia mengabaikan sahaja niatnya itu. Nanti kalau dia dan wanita itu bergaduh di khalayak ramai tak ke malu nanti. Desis hatinya.
Cindha Dahniea melihat wajah kuyunya dicermin. Matanya lebam akibat berhari-hari menangis tak berlagu. Seingatnya, inilah kali pertama dia menangis sedemikian rupa. Kalau sebelum-sebelum ni, dia tidak hairan langsung jika hubungan ‘cinta monyetnya’ itu berakhir walaupun alasan yang diberikan tidak munasabah. Tapi kali ini dia betul-betul berasa sakit yang teramat sangat. Sehingga dia merasakan tidak mahu lagi hidup di dunia ini.
“Cindha...”
Cindha memandang manis wajah lelaki kesayangannya itu, menandakan yang dia sedia untuk mendengar. Khairul pula kelihatan gelisah dihadapannya.
“Ada sesuatu yang Khairul nak beritahu kat Cindha.” Luah Khairul dengan berani.
“ Tapi sebelum itu Khairul nak minta maaf kat Cindha kalau-kalau apa yang Khairul nak beritahu ni buat Cindha terkejut atau pun akan benci Khairul selepas ni.” tambahnya lagi.
Cindha semakin pelik dengan kelakuan Khairul pada petang itu. “Rul, beritahu je la..kenapa macam takut je ni?” soal Cindha. Riak wajah Khairul semakin tegang.
“Kita kena berpisah...”
Bersambung...
p/s :jangan lupa ikuti sambungan kesah 'Aku Benci Lelaki' akan datang... (",)
No comments:
Post a Comment