cantEK caNtek Ensem enSem

Wednesday, March 23, 2011

Aku Benci Lelaki - EP 7




Cindha Dahniea. Nama gadis itu terngiang-ngiang di telinganya. Sejak keluar dari bilik Tuan Zaidi, Aidil Adhar menjadi tidak menentu. Perasaannya bercampur-baur. Nak kata benci, bukan. Suka? ‘Haishh..kenapa dengan aku ni.’ Belum apa-apa lagi dah fikir yang bukan-bukan.

“Hah, kau ni tak habis-habis lagi dengan penyakit mengelamun kau ni..?” kedengaran suara Aril tiba-tiba menjengah bilik Aidil Adhar.

“Hey kau ni. Mana ada. Aku okey je la.” Dalih Aidil.

“Eleh..macam la aku tak kenal kau, Dil. Kita ni dah lama kawan tau, bukan baru sehari dua...”

“Yelah..aku tau tu..” Aidil mengalah.

“So,what’s the problem?” soal Aril lagi.

Aidil Adhar gelisah. Segan pula nak bercerita dengan Aril. Nanti mesti jadi bahan lagi. Tak dicerita nanti lain pulak jadinya. Aril ni bukan boleh, cepat tarik muka empat belas.

“Aku..aku..,” Aidil bersuara takut-takut. Aril hanya sabar menanti. “Aku dah jumpa gadis yang aku cerita kat kau tu...”

“Wow! Bagus la tu, bro. Boleh la kau kenal-kenal dengan dia dengan rapat lagi....,” ujar Aril sambil tersengih. “Tapi pesal kau sedih semacam je ni? You should happy, right?” soal Aril bingung. 

“Entah la, Ril. Aku rasa serba salah pulak.” terang Aidil.

“Laa..Kenapa pulak? Haish, pelik betul aku dengan perangai kau ni. Orang lain punya la suka dapat jumpa dengan puteri impian, yang kau pulak serba salah?” 

“Yelah, aku serba salah lah sebab masa dia terlanggar aku hari tu, aku tak senyum langsung dekat dia. Aku pun tak tahu kenapa mase tu aku bagi reaksi yang macam tu. Mesti dia ingat aku ni sombong ke atau apa-apa. And then, tadi pun aku jumpa dia aku tak senyum jugak. Bila aku tengok wajah dia kan aku jadi nervous semacam. Jadi kaku.” Luah Aidil.

“Hmmm..macam tu ke..memang dah sah. Memang dah sah...”

“Dah sah ape?” sampuk Aidil.

“Dah sah kau tak betul.” kemudian Aril ketawa berdekah-dekah.

“Kau ni..aku serius, kau main-main pulak.” kata Aidil seakan merajuk.

“Yelah, yelah..alaaa..kau jangan la fikirkan sangat. Tak de mende pun. Perasaan kau je kot.” Aril memujuk.

Aidil Adhar tak puas hati. Bukan tak puas hati dengan Aril tetapi dengan diri sendiri. Kalau ikutkan hati memang niat dia hendak senyum sampai ke telinga bila berhadapan dengan gadis itu. Namun lain pula yang jadi.


Malam minggu Cindha Dahniea hanya duduk sendirian di rumah. Tiada plan pun untuk keluar ke mana-mana. Syana pula ke mana lagi kalau bukan keluar dengan Aril. Bahagia sungguh mereka berdua. Kadang-kadang Cindha berasa cemburu sangat dengan hubungan bahagia mereka. Harap-harap mereka akan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Tiba-tiba handfon Cindha berbunyi. Ada mesej baru masuk. 


“Salam..hye Cindha. Awak sihat?”


“Rul....” Cindha menyebut perlahan. Kenapa dia masih lagi nak berhubung dengan aku.’ Bisik Cindha Dahniea dalam hati. Dia serba salah sama ada hendak membalas mesej itu atau tidak. Dia sudah tiada hati dengan Khairul Adhar lagi. Semuanya sudah tinggal kenangan. Tiada apa lagi yang dia perlu harapkan dengan hubungan mereka yang sudah lama putus. Dia redha dan sudah pun boleh menerima hakikat dengan apa yang telah terjadi. Beberapa minit kemudian, mesej baru masuk lagi. Cindha pun membaca. ‘Dia lagi...’


“Awak, saye windu awak sangat...”


Cindha  Dahniea mula terasa rimas. Makin lama Khairul makin menjadi-jadi. Ini tidak boleh jadi. Cindha Dahniea membalas mesej.


As Salam. Khairul,saye kat cni baek2 jek. Awak jgn risau. Sye harap awk jgn mesej atau call sye lg pas nie. Awk sudah pun berkhwin. Awk dh pun ada kehdpn sendri. Sye hrp awk fhm. Thankz.”

Kemudian Cindha Dahniea menghantar terus kepada Khairul. Memang inilah jalan yang terbaik. Dia tidak mahu nanti orang akan kata yang dia mengganggu rumahtangga orang. Cukuplah apa yang telah berlaku sebelum ini. Selang beberapa minit kemudian, mesej baru masuk lagi. Cindha dengan malasnya membuka. 


“Salam. Cindha, esok u jangan lupa dtg awal ok. kite ada meeting penting pagi esk.”


Dahi Cindha Dahniea berkerut. “Aidil?” sebut Cindha perhalahan dengan  nada yang kehairanan. Musykil. Pelik pun ada.‘Tak pernah-pernah mamat tu bagi mesej kat aku.’ Desisnya dalam hati.





P/S : Tak pernah bace? Jum layan dari mula! =)






Nota hati : hidup seperti biasa... Alhamdulillah...

Nurul : harap korang semua sudi layan...terima kaseh... =)






9 comments:

CouLeur de Chiqu3 said...

which wonder woman are u?

She's retarded said...

kadang2 susah nak baca tulisan kat sini
ngee

ammboi.blogspot said...

ammboi jejalan mlm d sini...
sori terpaksa tgglkan jejak d sini...

Rainbow said...

setuju gak ngn she's retarded .. agak susah, mybe font tulisan yg berubah2..

sori...

ni realiti or novel..?

kalu tulis sendiri ada bakat .. :)

::nuRuLaDHar:: said...

thankz all..t nurul improve kan pasal tulisan...sori sesangat...sedang cari font mane yg best...ngeee

btw cik Rainbow..ni novel nurul reka sendri..sesaje sesuke karang...hehee

Ezay Hadry said...

nice story la..tp betul cakap orang lain font tu kene jelas tau..nanti lagi sonok orang nak bace..

bila sambungan plak ni..hehe part Aidil ngan Dahi Cindha kat meeting esk?? hehe

::nuRuLaDHar:: said...

Ezay : tq sudi bace...t nurul improvekan pasal font tu..huhu saba ye, sambungan dah ade..cume...hihi nanti nurul publish.. =)

FurBall said...

mak ai..belum habis lagi cte nih??ehehehe

::nuRuLaDHar:: said...

FurBall : belom lagi..banyak lagi EP..muahahaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...