cantEK caNtek Ensem enSem

Thursday, March 31, 2011

Perlu Pendapat Bernas Anda....pelisss~~


Assalammualaikum.... hye readers!

Tetibe rajen pulak nak hapdet ni. Hihi

Nak tanye anda semua *terase skema pulak sahabat-sahabat, kekawan nurul yang di kasihi ni...pendapat anda tentang belog nurul yang biase-biase ni.

 
Adekah belog ini berat?
Sakit mata tak nak bace/jenguk/jenjalan cini?
Semak tak belog ni?


Tak tahu nak tanye ape lagi...

Bagi la pandangan bernas anda-anda..nurul nak tahu jek dan nak meriahkan lagi belog ni, mungkin.

Tak kisah le nak kutuk ke ape ke, *harap le jangan..huhu janji kongsi idea sesame nurul ye..hihi 

Jasa baik anda sangat dikenang.. =)





Nota hati : hari-hari menunggu kamu...

Nurul : tak sabarnye nak abeskan praktikal..yeay!



Tuesday, March 29, 2011

KMPlayer


Assalamualaikum readers...
Sori ye kalaw blog ni jarang update...
Mase banyak dihabiskan dengan mengelamun.
Oke, tipu.
Malas ekceli...adesss~

Hidup aku macam biase.
Bosan.
Bosan.
dan bosan.

Tapi tidak mengapa, aku dah biase. Sangat biase. Hidup aku memang begini. Korang kalaw jadi seperti aku mesti tak tahan.

Dengan segala masalah yang tertanggung sekarang ini tidak kira personal atau tidak, lagi menambahkan tekanan jiwa secara melampau terhadap diri aku. *tapi aku masih waras oke. :P

Oleh itu, rase bosan mesti terase walaupun aku sibuk atau buat-buat sibuk atau sengaja sibuk sekalipun. hmm

So untuk hilangkan rase bosan aku yang agak kritikal ni, aku ape lagi, download ah movie yang ade dalam dunia ni. *ceh, bunyi macam banyak jek dapat download

Memacam aku download, dah macam ketagih pun ade. Huh? ...memula video lagu. Then citer. Drama pun ade jugak. paling latest aku download drama Nur Kasih.

 Aku selalu aku download kat youtube jek. Tak reti lah nak dowmload tempat lain. Dah biase kat situ.

Tapi kalaw download kat youtube mesti satu-satu movie tu ade banyak part. Korang mesti rimas or malas kan nak klik bebanyak kali untuk seterusnya. Oke, nak sharing dengan korang satu software ni.

KMPlayer

klik cini untuk downlod pun bole.. :)



hah, nak senang korang google jek cari..mesti ade punye. Software tu kalaw korang nak tengok movie yang korang download tu yang ade banyak part, so open la gune software tu. Senang, tak payah klik2 bagai. Layan jek citer macam korang download full. Hehe

KMPlayer ni bukan setakat tengok movie or citer jek...nak tengok video or dengar lagu pun bole...memacam la bole gune dangan KMPlayer ni. Cubelah!

oke, itu jek nak share...lalalaaa

hepi blogging ye kekawan! =)





P/S : mungkin ade yang rase software tu biase jek tapi nurul sekadar sharing...peace!



 Nota hati : semakin redha dah redah jek dengan ketentuan-Nya...

Nurul : download drama Nur Kasih tak abes-abes lagi. Ade berapa banyak episode ni?


Monday, March 28, 2011

Demam Korea Lagi ~ calling out (Cinderella's Sister)


Assalamualaikum readers!

Sorilah, nurul tak abes demam lagi dengan citer korea ni. Setiap kali ulang tengok citer ni confirm nanges! Sangat terkesan dengan jiwa sanubari oke..hukhuk

So, jum layan lagu citer ni. Tangkap leleh beb sape yang bole feel!





When I wake up from
The loneliness that wakes me up
I think about their always smiling face
Which make me smile without knowing

Like this, another person leaves
And when another beautiful season arrives
With the sadness and longing for you, which you left behind
I walk down this street again

Day after day, as I live my life
I get teary after hearing his name
I cant hold it in, I cant laugh like this
I try calling his name again

With the scar he left on my heart
Im trying to forget his name
Although I bite my lips trying to hold it in
My love is only for you

Day after day, as I live my life
I get teary after hearing his name
I cant hold it in, I cant laugh like this
I try calling his name again

I live my life pretending nothing has happened
When Im longing for love
With the hurt he has left behind
I start to cry without knowing

Day after day, as I live my life
I get teary after hearing his name
I cant hold it in, I cant laugh like this
I try calling his name again

suke gile die belakon!

die sangat degil tapi saye tetap suke!


~suke watak Eun Jo Yah. nak jadi macam die..hmm


 
Nota hati : kita tidak bole tipu diri sendiri, mana mungkin orang lain? Hmm

Nurul : Nurul sayang awak. Ye, awak!




Wednesday, March 23, 2011

Aku Benci Lelaki - EP 7




Cindha Dahniea. Nama gadis itu terngiang-ngiang di telinganya. Sejak keluar dari bilik Tuan Zaidi, Aidil Adhar menjadi tidak menentu. Perasaannya bercampur-baur. Nak kata benci, bukan. Suka? ‘Haishh..kenapa dengan aku ni.’ Belum apa-apa lagi dah fikir yang bukan-bukan.

“Hah, kau ni tak habis-habis lagi dengan penyakit mengelamun kau ni..?” kedengaran suara Aril tiba-tiba menjengah bilik Aidil Adhar.

“Hey kau ni. Mana ada. Aku okey je la.” Dalih Aidil.

“Eleh..macam la aku tak kenal kau, Dil. Kita ni dah lama kawan tau, bukan baru sehari dua...”

“Yelah..aku tau tu..” Aidil mengalah.

“So,what’s the problem?” soal Aril lagi.

Aidil Adhar gelisah. Segan pula nak bercerita dengan Aril. Nanti mesti jadi bahan lagi. Tak dicerita nanti lain pulak jadinya. Aril ni bukan boleh, cepat tarik muka empat belas.

“Aku..aku..,” Aidil bersuara takut-takut. Aril hanya sabar menanti. “Aku dah jumpa gadis yang aku cerita kat kau tu...”

“Wow! Bagus la tu, bro. Boleh la kau kenal-kenal dengan dia dengan rapat lagi....,” ujar Aril sambil tersengih. “Tapi pesal kau sedih semacam je ni? You should happy, right?” soal Aril bingung. 

“Entah la, Ril. Aku rasa serba salah pulak.” terang Aidil.

“Laa..Kenapa pulak? Haish, pelik betul aku dengan perangai kau ni. Orang lain punya la suka dapat jumpa dengan puteri impian, yang kau pulak serba salah?” 

“Yelah, aku serba salah lah sebab masa dia terlanggar aku hari tu, aku tak senyum langsung dekat dia. Aku pun tak tahu kenapa mase tu aku bagi reaksi yang macam tu. Mesti dia ingat aku ni sombong ke atau apa-apa. And then, tadi pun aku jumpa dia aku tak senyum jugak. Bila aku tengok wajah dia kan aku jadi nervous semacam. Jadi kaku.” Luah Aidil.

“Hmmm..macam tu ke..memang dah sah. Memang dah sah...”

“Dah sah ape?” sampuk Aidil.

“Dah sah kau tak betul.” kemudian Aril ketawa berdekah-dekah.

“Kau ni..aku serius, kau main-main pulak.” kata Aidil seakan merajuk.

“Yelah, yelah..alaaa..kau jangan la fikirkan sangat. Tak de mende pun. Perasaan kau je kot.” Aril memujuk.

Aidil Adhar tak puas hati. Bukan tak puas hati dengan Aril tetapi dengan diri sendiri. Kalau ikutkan hati memang niat dia hendak senyum sampai ke telinga bila berhadapan dengan gadis itu. Namun lain pula yang jadi.


Malam minggu Cindha Dahniea hanya duduk sendirian di rumah. Tiada plan pun untuk keluar ke mana-mana. Syana pula ke mana lagi kalau bukan keluar dengan Aril. Bahagia sungguh mereka berdua. Kadang-kadang Cindha berasa cemburu sangat dengan hubungan bahagia mereka. Harap-harap mereka akan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Tiba-tiba handfon Cindha berbunyi. Ada mesej baru masuk. 


“Salam..hye Cindha. Awak sihat?”


“Rul....” Cindha menyebut perlahan. Kenapa dia masih lagi nak berhubung dengan aku.’ Bisik Cindha Dahniea dalam hati. Dia serba salah sama ada hendak membalas mesej itu atau tidak. Dia sudah tiada hati dengan Khairul Adhar lagi. Semuanya sudah tinggal kenangan. Tiada apa lagi yang dia perlu harapkan dengan hubungan mereka yang sudah lama putus. Dia redha dan sudah pun boleh menerima hakikat dengan apa yang telah terjadi. Beberapa minit kemudian, mesej baru masuk lagi. Cindha pun membaca. ‘Dia lagi...’


“Awak, saye windu awak sangat...”


Cindha  Dahniea mula terasa rimas. Makin lama Khairul makin menjadi-jadi. Ini tidak boleh jadi. Cindha Dahniea membalas mesej.


As Salam. Khairul,saye kat cni baek2 jek. Awak jgn risau. Sye harap awk jgn mesej atau call sye lg pas nie. Awk sudah pun berkhwin. Awk dh pun ada kehdpn sendri. Sye hrp awk fhm. Thankz.”

Kemudian Cindha Dahniea menghantar terus kepada Khairul. Memang inilah jalan yang terbaik. Dia tidak mahu nanti orang akan kata yang dia mengganggu rumahtangga orang. Cukuplah apa yang telah berlaku sebelum ini. Selang beberapa minit kemudian, mesej baru masuk lagi. Cindha dengan malasnya membuka. 


“Salam. Cindha, esok u jangan lupa dtg awal ok. kite ada meeting penting pagi esk.”


Dahi Cindha Dahniea berkerut. “Aidil?” sebut Cindha perhalahan dengan  nada yang kehairanan. Musykil. Pelik pun ada.‘Tak pernah-pernah mamat tu bagi mesej kat aku.’ Desisnya dalam hati.





P/S : Tak pernah bace? Jum layan dari mula! =)






Nota hati : hidup seperti biasa... Alhamdulillah...

Nurul : harap korang semua sudi layan...terima kaseh... =)






Monday, March 21, 2011

WAKTU-WAKTU MUSTAJAB BERDOA



Sharing is caring rite...so nak share dengan korang..jum layannn!


1)       Ketika hujan.



1)       Ketika hendak memulakan solat dan selepas solat.


2)      Ketika menghadapi musuh dalam peperangan.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : Berdoalah saat doa itu diperkenankan Allah; pada saat bertemu tentera-tentera(berperang), ketika hendak mendirikan sembahyang dan ketika turunnya hujan. (Hadis mursal yang diriwayatkan oleh Imam al-Nawawi dalam al-Azkar)





4)     Ketika khatam al-Quran (30 juzuk).

5)     Sepanjang malam, terutamanya di sepertiga malam yang terakhir dan pada waktu sahur.

6)     Sepanjang hari Jumaat.

7)      Kerana mengharapkan bertemu dengan saat ijabah(saat diperkenankan doa) yakni antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.

8)     Antara waktu Zuhur dan Asar dan antara Asar dan Maghrib.




 



CERDIK BAIK,
Dato’ DR Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah.


Kredit to : Majalah SOLUSI.





Nota Hati : rindu semakin jauh...

Nurul : semakin hari semakin hilang.. ? hmmm...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...